Mastura kalah saman fitnah, Muslimat Pas pertama lakar sejarah

ALOR SETAR- Kelmarin sekali lagi detik sejarah berlaku dalam kepimpinan Pas apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Mastura Muhammad dijatuhkan hukuman bersalah kerana melakukan fitnah kepada tiga pemimpin DAP yang didakwa ada pertalian dengan pemimpin komunis, Chin Peng.

Mastura kini tercatit sebagai Muslimat Pas pertama dijatuhi hukuman kerana memfitnah dan secara tidak langsung meneruskan legasi kepimpinan mereka selepas Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi Awang turut dikenakan saman pada 2014.

Sebelum ini pun lebih 10 kepimpinan Pas terpalit dengan fitnah yang merupakan jijik dalam pandangan Islam sejak dahulu lagi tetapi kini menjadi senjata untuk mereka berjuang.

Inikah corak kepimpinan Islam yang dibawa oleh Pas hari ini? Fitnah sudah menjadi senjata kepada mereka yang menunggang agama semata-mata untuk berkuasa.

Jika dibandingkan Pas dengan DAP, parti Islam itu dikatakan mendahului kes fitnah berbanding parti bukan Islam. Ini sangat memalukan kepada bukan Islam dalam kita yang mahukan Islam berkembang di akhir zaman.

Masih ramai lagi kepimpinan Pas yang menghitung hari untuk dibicarakan dan menunggu hukuman. Antaranya ialah Panglima Perang Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut terpalit dengan beberapa kes saman.

Namun menurut Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, masalah fitnah ini adalah sangat memalukan apatah lagi Pas sebuah parti perjuangan Islam menjadi juara dalam melakukannya.

Menurutnya lagi, umum mengetahui fitnah itu lebih buruk lagi dari membunuh. Bagaimanapun pemimpin Pas terus dan terus menggunakannya tanpa menghiraukan hukum dari Allah.

Kepimpinan Pas hari ini masih lagi tidak serik dalam melakukan fitnah bermula dari kepimpinan atas hinggalah ke bawah. Apabila seseorang itu melakukan fitnah berita akan tersebar dan berpanjangan kepada masyarakat serta sanggup pula menanggung dosa.

“Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman mereka sanggup meneruskan fitnah tanpa segan silu dalam masyarakat apatah dengan Allah. Pas yang merupakan parti Islam perlulah menunjukkan imej Islam yang terbaik supaya dihormati oleh masyarakat terutamanya kepada bukan Islam.

“Bagaimanapun hari ini parti Islam itulah yang menjadi juara dalam mengumpul ahlinya paling ramai dijatuhi hukuman menfitnah. Saya tidak terkejut dengan budaya ini dalam Pas kerana bermula dari kepimpinan atas yang berani melakukannya sudah pasti pemimpin bawah turut mengikuti jejak ketuanya,” jelasnya.

Masyarakat hari ini perlu sedar permainan kepimpinan Pas yang cuba mengaburi orang ramai dengan menunggang agama semata-mata mahu berkuasa. Ini sudah terbukti dengan bilangan kepimpinan mereka yang kian ramai terpalit dengan fitnah.

Masyarakat hari ini perlu bijak dan menilai terlebih dahulu atau ‘tabayyun’ sebarang berita sebelum mempercayainya.

“Sekiranya masyarakat masih lagi mempercayai fitnah tanpa sebarang menilai kebenaran kualiti pemimpin yang dilahirkan pada hari ini pasti akan mengecewakan. Ini terbukti dan lihat dengan kepimpinan Pas hari ini gagal menjalankan tugas dengan sempurna.

“Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan mereka banyak merujuk kepada sumber yang tidak sahih hingga segala hujah mereka terperangkap dan memakan diri sendiri,” katanya.

Jelasnya lagi, sudah sampai masanya masyarakat hari ini menunjukkan kematangan dalam memilih kepimpinan dan tidak mudah terpengaruh dengan segala fitnah yang tersebar luas terutamanya di media sosial hari ini.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT