Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Manar, Presint 14

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini hari ini.

Solat Jumaat berkenaan diimamkan Muhammad Khairul Hadi Othman itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah yang bertajuk ‘Ujian Ditempuh, Kebersamaan Diperteguh’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohammed Junaid Mohd Adzmy.

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengingatkan jemaah bahawa ujian diturunkan Allah SWT kepada hambanya bertujuan meninggikan darjat seseorang.

Pada masa sama, khutbah itu turut menyarankan jemaah agar membantu mangsa banjir melalui pelbagai cara namun ia perlu dilaksana secara ikhlas dan mengikut kemampuan.

Selepas solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri sebelum pemimpin berjiwa rakyat itu beredar meninggalkan surau.

Terdahulu, Anwar yang memakai baju melayu berwarna biru cair turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Q Bistro, Presint 15, di sini sekitar jam 12.45 tengah hari.

Kunjungan ke masjid terpilih di seluruh negara menjadi antara rutin Anwar pada setiap Jumaat sejak menerajui kerajaan pada November 2022.

Selain menunaikan solat Jumaat, kesempatan mengunjungi masjid terpilih digunakan Perdana Menteri untuk mendengar sendiri aduan berkaitan masalah setempat disampaikan rakyat

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak lancar keteq.GaN, cip semikonduktor kuasa pertama reka bentuk tempatan

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Sarawak perlukan lebih ramai wanita berani memimpin – Fatimah

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT