Rumah Selangorku: Cara mohon, semakan status & projek terkini

Oleh: Hidayatun Nufus

TAK perlu lagi bermimpi panjang untuk miliki rumah selesa dengan harga mampu milik! Dengan Skim Rumah Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor membuka peluang kepada rakyat untuk memiliki kediaman moden, selesa, dan sesuai dengan bajet.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Inisiatif ini diwujudkan untuk memenuhi impian rakyat memiliki rumah sendiri, seiring dengan visi ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman Sempurna’. Jom ketahui cara memohon, semakan status, dan projek terkini yang tersedia untuk anda!

Mengenai Skim Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku ialah skim perumahan khas oleh kerajaan untuk membantu warganegara Malaysia, khususnya warga Selangor, memiliki kediaman mampu milik.

Dilancarkan sejak tahun 2014, skim ini dikelolakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), organisasi utama yang bertanggungjawab terhadap perumahan negeri. Selain meringankan beban rakyat Selangor, skim ini juga mewajibkan pemaju perumahan memenuhi syarat pembinaan dengan menyediakan sejumlah unit rumah mampu milik sebagai sebahagian daripada projek mereka.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  • Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00.
  • Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00.
  • Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00.
  • Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan.
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Senarai Projek Terkini

Senarai projek terkini boleh dilihat di senarai ini: https://ehartanah.lphs.gov.my/

Anda juga boleh membuat semakan projek terkini di pautan dibawah;

Harga dan Jenis Rumah Selangorku

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing. Ia juga bergantung kepada

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi dan
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:

  1. Rumah Bertingkat (Pangsapuri)
    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit
    • Jenis C: RM 150,000.00 seunit
    • Jenis D: RM 200,000.00 seunit
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit
  2. Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)
    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

Sila rujuk dokumen Dasar Rumah Selangorku dibawah untuk senarai Jenis Rumah Selangorku secara lanjut.

Cara Permohonan

  1. Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  4. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS  https://ehartanah.lphs.gov.my

Nota: Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/

Garis Panduan Permohonan

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telah ditawarkan rumah, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status senarai menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Semakan Permohonan

Cara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  2. Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  3. Pilih tab ‘Semak Status’
  4. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  5. Klik butang ‘Semak’

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya/Tidak Berjaya

Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

  • Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
  • Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

  • Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.
  • Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
  • Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

Peringatan penting:

  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
  • LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembangunan hartanah di Negeri Selangor.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke aduan.korporat@lphs.gov.my

Laman web :  https://ehartanah.lphs.gov.my

atau;

LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu