Penswastaan MAHB: Pintu masuk negara kekal di bawah kendalian pasukan penguat kuasa negara – PM

PERDANA Menteri tegas memberi jaminan pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak akan sesekali berkompromi dalam isu keselamatan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai negara yang berdaulat, urusan di pintu masuk negara akan dikendalikan serta dikawal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (Imigresen) serta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (MCBA).

Menteri Kewangan itu juga menegaskan, bagi soal keselamatan di darat dan tempat awam di sekitar lapangan terbang adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bertanggungjawab dari segi keselamatan di atas udara serta kawasan pengendalian bagasi.

“Apa yang lebih penting, jika atau selepas tawaran ini dipersetujui pemegang sahamnya, MAHB masih tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Pengoperasian sedia ada yang ditandatangani mereka bersama pihak kerajaan.

“Ini akan memastikan tiada sebarang perubahan kepada tanggungjawab dan bidang tugas MAHB sedia ada.

“Selain itu, dari aspek kepentingan kepada negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melihat wujudnya satu keperluan mendesak untuk operasi MAHB ditambah baik dan pelaburan dibuat secara lebih pantas, mengambil kira unjuran peningkatan trafik penumpang dan keadaan infrastruktur semasa yang tidak dapat menampung jumlah masa kini serta keperluan masa hadapan Malaysia.

“Ini kerana rangkaian lapangan terbang yang kukuh dan diuruskan dengan baik akan meningkatkan dan merangsang pertumbuhan perdagangan, perniagaan dan pelancongan di Malaysia, memenuhi agenda Madani dan pelbagai dasar ekonomi kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia memberikan dan mendedahkan kepada Parlimen salinan perjanjian pemegang saham (MAHB) antara tiga pihak yang berhasrat untuk menswastakan MAHB.

Perdana Menteri berkata, secara prinsipnya, tawaran pengambilalihan dan penswastaan MAHB adalah satu urusan transaksi komersial yang dikemukakan sebuah Konsortium yang diterajui dua pemegang saham sedia ada MAHB ketika ini, iaitu Khazanah dan KWSP.

Jika tawaran itu diterima dan dipersetujui pemegang saham MAHB yang lain, pemilikan MAHB oleh Konsortium berkenaan adalah berdasarkan pecahan, iaitu Khazanah sebanyak 40 peratus pegangan, KWSP (30 peratus) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) serta Global Infrastructure Partners (GIP) (30 peratus).

“Memandangkan ia adalah perjanjian yang membabitkan empat pihak swasta, ia tertakluk kepada prinsip kerahsiaan komersial seperti kelaziman dalam sebarang transaksi yang bersifat sedemikian.

“Bagaimanapun, kerajaan sudah meneliti butiran berhubung pengambilalihan MAHB yang dibentangkan Konsortium berkenaan dan berpuas hati dengan segala perincian yang dikemukakan.

“Perlu juga ditegaskan bahawa pihak kerajaan akan mengekalkan Saham Khasnya dalam MAHB,” katanya.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah