Johor sumbang RM500,000 kepada semua negeri terjejas banjir

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengambil pendekatan membantu kesemua mangsa banjir di seluruh negeri melalui sumbangan bernilai RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sumbangan khas itu akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri yang terlibat sebelum ianya dimanfaatkan untuk mangsa banjir.

“Berikutan kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan bagi membantu mangsa terjejas.

“Sejumlah RM500,000 diperuntukan bagi tujuan itu yang akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.

“MAINJ mendoakan keselamatan kepada semua penduduk dan mangsa terjejas serta berharap kejadian banjir segera pulih,” katanya dalam keyataan.

Sehingga kini, beberapa negeri di seluruh Malaysia dilaporkan mengalami musibah banjir terburuk.

Setakat pagi ini, Kelantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai disusuli dengan Terengganu dan Kedah.

Selain itu, turut terjejas bencana itu adalah negeri Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Related Posts

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

KUCHING – Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 Fasa 1 di Sarawak melibatkan nilai RM545 juta dengan hampir 350 lokasi dikenal pasti bagi memperluas capaian Internet di seluruh negeri. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuatkuasa esok

PUTRAJAYA – Setiausaha Bahagian di Bahagian Pertanian, Sektoral dan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi, Kementerian Ekonomi, Datuk Zul Hadi Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa esok. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuatkuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuatkuasa esok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus