Mansuh UPSR, PT3: Radzi Jidin tak mengaku

AHLI Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin tidak mengakui bahawa beliau bertanggungjawab memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ketika era pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, beliau yang menjadi Menteri Pendidikan pada Mac 2020 hingga hujung tahun 2022 itu mendakwa pemansuhan kedua-kedua peperiksaan itu adalah hasil keputusan kolektif Kementerian yang beliau tunjangi.

“Yang hapuskan peperiksaan adalah Kementerian Pendidikan, it has collective responsibilty,” katanya.

Beliau bingkas dan bangkit mencelah ketika Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sedang berbahas pada Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina dalam hujahnya mengingatkan sidang Dewan Rakyat bahawa bukan beliau yang telah memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.

“Saya dapati ramai ahli Yang Berhormat (YB) masih berminat isu berbangkit berkaitan peperiksaan. Ramai yang bertanya, menggesa (peperiksaan) mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak kita khususnya selepas pemansuhan UPSR dan PT3.

“Saya ingin beri penegasan, yang hapuskan peperiksaan bukan saya tetapi Putrajaya (Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin). Saya ambil pendekatan apa yang ada dalam sistem sekarang ini khususnya pentaksiran.

“Ini harus diberikan kekuatan, penegasan dan juga (usaha) memperkukuh guru-guru kita,” katanya.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, keputusan KPM berhubung isu berkenaan adalah jelas iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menurutnya, antara usaha Kementerian Pendidikan bagi pembangunan pendidikan secara holistik ialah memperincikan justifikasi pelaksanaan PBS itu.

“Ingin saya tegaskan, peperiksaan tidak boleh ambil alih soal pembangunan pendidikan. Apa yang kita mahu adalah melihat anak-anak kita membesar dan mendapat pendidikan secara holistik.

“Sebab itu saya setuju. Ada antara soalan dikemukakan YB berkaitan sukan, pembabitan badan beruniform… kerana ini yang kita sedang lihat dalam pendidikan.

“Keseluruhan konteks ini sama penting dan sangat penting untuk pembangunan anak kita,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok