NGO, sukarelawan komited bantu mangsa pasca banjir di Perlis

KANGAR – Badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan parti politik di negeri ini terus menyalurkan sumbangan dan menyatakan komitmen bantuan pasca banjir kepada mangsa-mangsa di negeri ini.

Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali, usaha itu akan diteruskan melalui pelbagai program yang memberi fokus kepada pemulihan kawasan terjejas dan kebajikan mangsa.

“Kami telah mengenal pasti beberapa lokasi kritikal untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan, selain berusaha menyampaikan sumbangan berbentuk makanan, pakaian dan barangan keperluan asas.

“Komitmen ini bukan sahaja daripada NGO, tetapi turut mendapat kerjasama sukarelawan yang bekerja siang dan malam bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa dengan lancar,” katanya ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Warisan di sini malam tadi.

Azihani turut memuji peranan jentera barisan hadapan kerajaan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira waktu selain sokongan daripada NGO serta sukarelawan Khidmat For Kangar (K4K) di kawasan itu

“Kita berharap usaha berterusan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan membantu mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Juang Negeri Perlis (Juang), Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad turut sama berada di pusat pemindahan sementara itu bagi menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak terlibat.

“Sumbangan kecil berupa kudapan ini diharap mampu menggembirakan kanak-kanak sekaligus dapat menceriakan ibu bapa yang terkesan akibat musibah ini.

“Ia juga dilihat sebagai sokongan emosi kepada mereka yang terlibat dengan banjir kali ini,” ujarnya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie