Banjir di Perlis makin surut, dua PPS ditutup

KANGAR – Keadaan banjir di Perlis semakin pulih apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya pada pukul 2.30 petang hari ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka dan SK Titi Tinggi telah ditutup selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Penutupan PPS ini menunjukkan keadaan banjir di kawasan terlibat telah pulih sepenuhnya. Namun, dua PPS iaitu SK Arau dan Dewan Warisan masih beroperasi bagi menempatkan seramai 229 mangsa dari 62 keluarga

“Mangsa yang masih ditempatkan di PPS terlibat adalah dari kawasan yang masih dinaiki air seperti Kampung Padang Telela, Kampung Titi Besi, Kampung Stesen dan beberapa kampung lain di Arau dan beberapa kampung lain di Kangar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, JKM akan terus memantau situasi ini sehingga semua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat,” tambah beliau.

Setakat ini pukul 4 petang tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini menurun hampir separuh berbanding hari sebelumnya iaitu lebih 500 orang sekaligus menunjukkan situasi semakin baik.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok