PKR tangguh kongres berikutan banjir

BERIKUTAN bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri, PKR menangguhkan kongres tahunan parti tersebut yang dijadualkan pada 14 hingga 16 Disember di Johor.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, mengumumkan perkara itu dalam menerusi satu kenyataan hari ini.

“Pimpinan telah memutuskan untuk menangguhkan Kongres Nasional PKR 2024 ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian,” katanya.

Meskipun kongres tersebut ditangguh, Fahmi berkata, sebuah kongres khas akan berlangsung dalam format hibrid untuk meminda perlembagaan parti dan akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

Fahmi juga berkata, majlis pimpinan pusat telah bersetuju untuk menggerakkan anggota parti bagi usaha bantuan banjir dan aktiviti pembersihan pasca banjir.

“Pimpinan PKR melahirkan rasa simpati terhadap lebih 131,000 mangsa banjir di sembilan negeri setakat hari ini,” katanya.

Selain itu, turut dibincangkan adalah mencadangkan agar beberapa perkara dasar diteliti segera, termasuk kempen kesedaran buli dilaksana secara menyeluruh.

Related Posts

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis