Pembangkang kacau jiwa

ANGKUH sifat tercela. Demikianlah hakikatnya.

Kerana angkuh, Iblis menolak perintah Allah SWT agar bersujud kepada Adam Alaihissalam.

Tidak nafikan dari segi kealiman, Iblis sangat diketahui dan diperakukan.

Yang menjadikan Iblis kufur, keangkuhannya dan itu tercatat dalam Al-Quran.

Sifat angkuh itu merugikan dan kadangkala menyebabkan sesuatu pihak menyesal tidak sudah.

Penyakit itu kelihatan jelas dalam landskap politik Malaysia.

Keangkuhan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menolak saranan Yang di-Pertuan Agong bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan pasca-Pilihan Raya 15 (pasca-PRU15).

Sifat itu jugalah yang akhirnya menyebabkan PN meroyan sampai sekarang.

Setelah tertubuhnya Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi PH dan Barisan Nasional (BN) dan disokong kuat parti dari Malaysia Timur, PN tidak dapat tidur lena.

Setiap hari ada sahaja akal ‘pemikir’ mereka mencipta fitnah.

Diburukkan mereka tokoh Kerajaan Perpaduan dengan pelbagai cara, melalui segenap sudut.

Dosa pahala diletak ke tepi. Yang penting, tubuh Kerajaan Perpaduan dilumur ‘taik’.

Pihak yang tidak mahu akur kepada mereka dibalun sehabis cara seolah-olah tiada hari esok.

Contohnya banyak. Satu daripadanya, pembusukan ke atas Presiden UMNO – Zahid Hamidi.

Beliau dimalukan dengan isu 47 kes mahkamah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) yang berlaku pada zaman Kerajaan Perpaduan.

Hakikat 40 kes Zahid dilepaskan dan dibebaskan pada zaman mereka, terkunci pula mulut mereka.

Berjemaah mereka kutuk Zahid dalam kes DNAA itu bahawa Zahid tidak layak berada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Yang peliknya tiba-tiba pecah cerita pembangkang jumpa Zahid ajak tebuk atap dan dijanjikan jawatan PM11.

Tuan-tuan dan puan-puan nilailah sendiri isu ini.

Lihatlah, betapa kacaunya jiwa pembangkang sekarang.

Allahurabbi!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ