Sarawak bakal ambil alih MASwing bulan depan

KUCHING – Sarawak dijangka memuktamadkan proses pengambilalihan anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu MASWing pada Disember ini.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak bertujuan mempromosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, kita mampu berdaya saing dengan destinasi lain,” kata beliau.

Tambah beliau, matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain.

Beliau berkata demikian ketika  berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak pada Ahad.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan rundingan antara MASwings dengan kerajaan Sarawak masih berlangsung.

“Rundingan juga dilakukan dengan MAG dan Khazanah Nasional Bhd berhubung pembelian saham dalam MASwings,” jelas Loke.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar