Lebih 1,000 kakitangan perubatan terbunuh sejak Oktober tahun lalu

GAZA – Lebih daripada 1,000 kakitangan perubatan terdiri daripada doktor dan jururawat telah terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak tahun lalu, lapor Agensi WAFA memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, sekurang-kurangnya 310 orang kakitangan perubatan yang lain telah ditangkap, diseksa, dan dihukum mati di penjara.

“Tentera Israel juga menghalang kemasukan bekalan perubatan, delegasi kesihatan, dan ratusan pakar bedah ke Gaza.

“Hospital telah menjadi sasaran utama rejim Israel yang mana mereka telah mengebom, mengepung, dan menyerbu hospital-hospital, membunuh doktor dan jururawat, serta mencederakan yang lain selepas menyerang mereka secara langsung,” kata kenyataan tersebut.

Dalam serangan udara terbaharu pada Sabtu di utara Gaza, seorang pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya, tercedera akibat terkena serpihan serangan yang menyasarkan fasiliti hospital dan kawasan sekitarnya.

Israel telah melancarkan perang genosid ke atas Semenanjung Gaza, meragut nyawa 44,211 warga Palestin yang tidak berdosa manakala 104,567 yang lain masih cedera dan puluhan ribu lagi dipercayai belum diselamatkan akibat terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pada Khamis, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas peperangan brutalnya ke atas Gaza.

Related Posts

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion