Mahkamah perintah KDN pulangkan 172 utas jam tangan ‘pelangi’ dirampas kepada Swatch Malaysia

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan memulangkan 172 jam tangan Swatch dari siri Pride Collection, yang dirampas pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lalu kepada syarikat The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd (Swatch Malaysia).

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata KDN melanggar undang-undang ketika melakukan rampasan dan mengarahkan kerajaan memulangkannya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Beliau turut membatalkan notis penyitaan terhadap Swatch Malaysia selepas membenarkan perintah certiorari yang dipohon oleh syarikat berkenaan.

Amarjeet berkata demikian selepas membenarkan semakan kehakiman yang dikemukakan syarikat pengimport dan penjual jam tangan itu pada Ogos tahun lalu, lapor BH pada Isnin.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini mengarahkan kerajaan memfailkan afidavit jawapan selewat-lewatnya 6 Oktober berhubung permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan, Swatch bagi mencabar tindakan pihak responden itu merampas 172 jam tangan dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Peguam Persekutuan mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), Mohammad Sallehuddin Md Ali, berkata Swatch perlu memfailkan afidavit balas selewat-lewatnya 20 Oktober.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Amarjeet membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan selepas peguam bela syarikat terbabit, Nizam Bashir, memaklumkan AGC tidak membantah permohonan itu.

Pada 24 Jun lalu, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan terbabit dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.

Dalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Syarikat itu berkata, istilah penerbitan merujuk kepada untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.

Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang di beberapa negeri penting.

Ia mendakwa menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik.

Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan mengenai keamanan dan cinta.

Katanya, jam tangan daripada reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.

Pemohon menuntut satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.

Pada 13 dan 14 Mei 2023, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan LGBT.

Serbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat