Kerajaan Sabah beri perhatian kemajuan sukan berprestasi tinggi

MEMBAKUT – Kerajaan Negeri Sabah memberi perhatian terhadap kemajuan sukan berprestasi tinggi termasuk sukan para di negeri ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, usaha kerajaan dalam kemajuan sukan di Sabah dapat dilihat menerusi peruntukan kewangan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi mengurus dan melaksanakan pelbagai sukan serta program pembangunan belia di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dengan memastikan program-program pembangunan sukan prestasi tinggi dan paralimpik ini terus maju.

“Ia juga dalam usaha merealisasikan Sabah menjadi ‘power house’ dalam beberapa acara sukan seperti Sepak Takraw Wanita, Wushu, Silat, Muay Thai, Karate, Boling Padang, Petanque dan sebagainya.

“Sukan massa dan aktiviti riadah juga perlu diberi perhatian,” katanya ketika berucap dalam Program ‘Outreach’ (Perpaduan Sosial) Sabah Maju Jaya di Dewan Kesenian Islam di sini pada Ahad.

Tambahnya, dalam menjayakan usaha ini sudah pasti masyarakat memerlukan tempat untuk beriadah yang lebih kondusif.

Beliau berkata Kerajaan Sabah menyalurkan peruntukan untuk penyenggaraan dan pembaikan pejabat, kelab belia, asrama dan kompleks sukan agar fasiliti sukan di negeri ini sentiasa kondusif selamat serta selesa untuk digunakan oleh atlit dan rakyat.

Sementara itu, Arifin berkata Program Outreach (Perpaduan Sosial) Sabah Maju Jaya anjuran KBSS Bahagian Pedalaman Bawah yang merupakan usaha untuk menyantuni belia dan masyarakat.

“Program ini membawa visi dan misi melahirkan modal insan yang bermutu tinggi serta mewujudkan kesejahteraan rakyat yang mampu mencorakkan hala tuju Sabah Maju Jaya serta pendedahan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan,” katanya lagi.

Related Posts

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

ARSENAL dan Chelsea bakal berentap Ahad ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mempertaruhkan rekod kemenangan 100 peratus manakala Tottenham pula terdesak mencari sinar untuk keluar dari zon penyingkiran. Juara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah