Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

ARSENAL dan Chelsea bakal berentap Ahad ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mempertaruhkan rekod kemenangan 100 peratus manakala Tottenham pula terdesak mencari sinar untuk keluar dari zon penyingkiran.

Juara bertahan Arsenal dan Chelsea kendalian Xabi Alonso adalah 2 daripada 4 pasukan yang masih sempurna selepas 2 perlawanan, bersama Manchester City dan pendatang baharu Hull.

The Gunners memulakan kempen dengan identiti sama seperti penghujung musim lalu sukar dibolosi.

Kemenangan 3-0 ke atas Coventry dan 1-0 ke atas Aston Villa menyaksikan mereka mencatatkan 6 clean sheet dalam 7 perlawanan liga terakhir.

Khabar baik buat Mikel Arteta, apabila Bukayo Saka sudah kembali berbisa dengan 2 gol selepas dibelenggu kecederaan musim 2025/2026.

Era Alonso bermula cemerlang dengan 3 kemenangan berturut-turut. Trio baharu Joao Pedro-Cole Palmer-Morgan Rogers sudah meledak 5 daripada 7 gol liga ketika menewaskan Fulham dan Brighton.

Namun Alonso ada masalah besar selepas Chelsea bolos 5 gol dalam 2 perlawanan liga. Ditambah pula rekod buruk gagal menang dalam 9 pertemuan terakhir EPL vs Arsenal sebelum ke Emirates.

Tottenham menghuni tangga tercorot selepas dibelasah 0-3 Brentford dan 0-2 Newcastle. Walaupun berbelanja besar RM1.9 bilion untuk Sandro Tonali, Mateus Fernandes dan Savio, sentuhan Roberto De Zerbi masih belum kelihatan. Ujian seterusnya menentang Nottingham Forest di City Ground malam esok.

Di Liverpool, Andoni Iraola masih tercari-cari kemenangan pertama selepas 2 seri dalam pertembungan dengan Newcastle dan Forest.

Harapan baharu, Bradley Barcola bakal debut lawan Ipswich selepas dibeli dari PSG RM678 juta. Dia menyertai jentera serangan mahal bersama Isak, Wirtz dan Ekitike cuma pertahanan masih longgar dengan 4 gol bolos.

“Jendela perpindahan dah tutup. Sekarang masa buktikan di padang,” tegas Iraola.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh