Nafuzi pula sah tinggalkan skuad Sang Kenari

ALOR SETAR – Suasana kem bola sepak Kedah kian panas lagi apabila ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain meletakkan jawatan pada Sabtu lalu dan permohonannya itu telah diterima oleh pihak pengurusan kelab tersebut.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Shamsudin berkata, permohonan Nafuzi telah diperhalusi dengan mendalam oleh pihak pemilik, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kelab.

Menurutnya, sejak menyertai pasukan pada Disember 2022, Nafuzi telah menunjukkan mutu kerja yang sangat tinggi serta komitmen yang jitu.

“Pencapaian beliau termasuk tempat keempat Liga Super 2023 dan peringkat Separuh Akhir Piala FA 2024.

“KDA FC mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti beliau dan mendoakan kejayaan dalam perjalanan kariernya selepas ini,” katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Shahrul berkata, pengurusan KDA FC turut mengumumkan Victor Andrag dilantik sebagai Ketua Jurulatih Interim pasukan Liga Super Kedah bermula Ahad.

Jelasnya, kelab akan menilai dan membuat keputusan mengenai calon Ketua Jurulatih tetap berdasarkan keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki Liga Malaysia 2024-2025.

Pada Khamis lalu, media melaporkan khabar angin melibatkan pengendali tersebut bakal meninggalkan skuad Sang Kenari dan dikatakan akan menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai pengendali skuad muda negara.

Related Posts

Pertembungan epik Arsenal-Chelsea Ahad ini hangatkan musim baharu EPL

ARSENAL dan Chelsea bakal berentap Ahad ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mempertaruhkan rekod kemenangan 100 peratus manakala Tottenham pula terdesak mencari sinar untuk keluar dari zon penyingkiran. Juara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16