Beregu campuran negara muncul naib juara Masters China

HASRAT beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Chen Su Yin meraih gelaran pertama Kejohanan Badminton Super 750 Masters China 2024 di Shenzhen tidak kesampaian.

Pasangan bukan pilihan itu bagaimanapun apabila tidak memberi laluan mudah buat gandingan tuan rumah yang menghuni ranking nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping apabila mengheret aksi final sehingga ke set penentuan petang tadi.

Dalam aksi di Gimnasium Shenzhen itu, pasangan negara yang berada di kedudukan ke-23 dunia memulakan aksi dengan yakin apabila memimpin permainan dari awal sebelum terikat 16-16.

Aksi bertambah sengit apabila kedua-dua pasangan saling bertukar mata sebelum Pang Ron-Su Yin menoktahkan kemenangan 23-21 pada set pertama.

Tersentak dengan aksi bertenaga pasangan negara, Yan Zhe-Dong Ping mengubah rentak permainan untuk mendahului permainan 16-12.

Pang Ron-Su Yin bagaimanapun enggan menyerah kalah apabila terus memaksa gandingan tuan rumah bekerja keras sebelum menang 25-23 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Pasangan negara cuba bangkit pada set ketiga, namun pengalaman membataskan permainan mereka apabila terpaksa menyerahkan kemenangan kepada Yan Zhe-Dong Ping 21-16 dalam tempoh 93 minit.

Pang Ron-Su Yin melakar pencapaian tertinggi dalam karier mereka apabila buat kali pertama melangkah ke final kejohanan bertaraf Super 750 sejak digandingkan pada November tahun lalu.

Kejayaan itu hadir selepas mereka mengejutkan pasangan nombor tujuh dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 21-14, 17-21, 21-19 pada aksi separuh akhir.

Related Posts

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

SEPANYOL mara ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Portugal 1-0 hasil jaringan dramatik Mikel Merino pada masa kecederaan. Gol kemenangan Merino pada minit ke-91 bukan sahaja menghadiahkan kemenangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

ENGLAND mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Mexico dalam pertembungan penuh intensiti di Stadium Azteca. Skuad kendalian Thomas Tuchel itu membuka tirai jaringan menerusi Jude Bellingham…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500