Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine (Amp) dan Methamphetamine (Meth) di tepi Simpang Itop, Jalan Pan Borneo pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie menjelaskan bahawa operasi antara jam 3 petang hingga 5 petang itu digerakkan oleh sepasukan Task Force Khas IPD Saratok yang diketuai oleh Inspektor Asraf Mad Nasir.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek yang disyaki penagih itu turut mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian mendapati suspek positif Amp dan Meth,” katanya.

Kes tangkapan berserta rampasan tersebut telah didaftarkan menerusi rekod laporan Saratok/001390/26 bagi tindakan lanjut. Kertas siasatan kini dibuka mengikut peruntukan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM