Tanpa laporan rasmi lembaga disiplin boleh mulakan siasatan, PKR sahkan wujud aduan terhadap Hassan

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin PKR boleh memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Saleh.

Tegas beliau, isu membabitkan anggota parti yang disiarkan dalam media boleh diambil sebagai aduan.

“Ini bermakna Lembaga Disiplin PKR boleh memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi,” kata Fuziah di Facebook pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, media melaporkan wujud aduan daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyebabkannya dihadapkan ke lembaga disiplin parti hari ini.

Justeru kata Fuziah, aduan disampaikan kepadanya itu berkaitan kenyataan dibuat Hassan secara terbuka.

Bagaimanapun, Fuziah tidak mendedahkan ucapan atau kenyataan dibuat Hassan itu.

“Oleh itu, saya telah memajukannya kepada lembaga disiplin supaya perkara berkenaan dapat disiasat.

“Aduan boleh dibincangkan dalam mekanisme dalaman parti,” katanya.

Hassan dipanggil Lembaga Disiplin PKR atas dakwaan merosakkan imej parti kerana kenyataan terbukanya mengkritik kerajaan dalam penganugerahan rangkaian 5G kedua negara kepada U Mobile.

Related Posts

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR