Hospital Seri Iskandar fasiliti kesihatan baharu di Perak mula beroperasi 11 Dis 2024

PARIT – Hospital Seri Iskandar (HSI), fasaliti kesihatan baharu di negeri Perak yang pembangunannya menelan kos sebanyak RM153.18 juta di atas tanah seluas 18.9 ekar itu, bakal memulakan operasi secara rasmi pada 11 Disember ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dengan siapnya hospital baharu bagi menggantikan Hospital Changkat Melintang yang telah dibuka sejak 1971 itu, ianya bakal memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan di Daerah Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Ujarnya, HSI dibangunkan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti.

“Hospital Seri Iskandar akan meneruskan peranan Hospital Changkat Melintang sebagai Non-Lead Hospital. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih baik, berkualiti dan selesa terutama kepada penduduk Seri Iskandar serta kawasan sekitar.

“Hospital ini juga turut menyediakan perkhidmatan kepakaran disalurkan dari Hospital Seri Manjung sebagai Lead Hospital. Melalui pendekatan ini, Hospital Seri Iskandar akan mendapat akses perkhidmatan kepakaran secara kluster,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Hospital Seri Iskandar dan Projek Pembinaan Blok Tambahan Hospital Seri Manjung di sini, pada Khamis.

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Dalam masa sama, Dzulkefly turut mengulas, sebanyak 516 penjawatan baharu telah diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi ditempatkan di Hospital Seri Iskandar dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 jawatan merupakan pegawai perubatan, 97 jawatan penolong pegawai perubatan, 137 jawatan jururawat manakala 260 jawatan bagi skim perkhidmatan lain.

Tambahnya lagi, Hospital Seri Iskandar bakal menawarkan perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran yang disediakan melalui lawatan berkala termasuk perubatan kecemasan; perubatan am dan pembedahan am; Pediatrik; Psikiatri; Ortopedik Obstetrik dan Ginekologi serta Radiologi.

“Seorang Pakar Perubatan Am dan seorang Pakar Klinikal Kecemasan juga akan ditempatkan di Hospital Seri Iskandar secara residen.

“Melalui pendekatan ini, diharap isu kadar penggunaan katil (BOR) yang rendah di Hospital Changkat Melintang sebelum ini akan dapat diatasi kerana tidak ramai pesakit perlu dirujuk ke Lead Hospital. Saya ingin menegaskan Hospital Changkat Melintang akan terus beroperasi sebagai step-down ward.

“Malah KKM kini dalam proses untuk menilai potensi hospital ini untuk dijadikan pusat hemodialisis, terutama bagi pesakit yang menetap di kampung berdekatan fasiliti kesihatan itu,” katanya.

Hospital Seri Iskandar berjaya disiapkan dalam tempoh tiga tahun Perakuan Siap Kerja (CPC) dan pelaksanaan pembinaan projek ini menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) dengan memperolehi penilaian skor IBS melebihi 70 peratus.

Skop penyiapan projek HSI ini merangkumi pembinaan Blok Utama Hospital tiga tingkat berkapasiti 76 katil, Blok Mekanikal dan Elektrikal, tempat letak kereta berbumbung, blok sokongan seperti pondok pengawal, rumah sampah domestik, klinikal serta garaj ambulan.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri