Malaysia kecewa AS guna veto batal resolusi tamat krisis Palestin-Israel

PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan rasa kesal apabila sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai satu resolusi mengenakan gencatan senjata dan memudahcara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, resolusi itu mendapat sokongan majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB, namun digagalkan melalui penggunaan kuasa veto.

Katanya, penggunaan kuasa veto mematahkan harapan masyarakat antarabangsa bagi menamatkan jenayah kemanusiaan di Gaza.

“Sekaligus, menjejaskan usaha berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis ini.

“Malaysia menggesa agar Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan tegas bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza, dan melaksana peranan utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mempertahankan prinsip asas seperti termaktub dalam Piagam PBB dan melindungi kedaulatan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin dan mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk mencari jalan penyelesaian yang aman dan berkekalan dalam isu Palestin,” kata kenyataan itu.

Semalam media melaporkan, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Semenanjung Gaza.

Resolusi itu turut menggesa pencegahan kebuluran dalam kalangan penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Draf resolusi dikemukakan sembilan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan itu – Algeria, Ecuador, Guyana, Malta, Mozambique, Korea Selatan, Sierra Leone, Slovenia, dan Switzerland – menerima 14 undi.

AS sebelum ini sudah tiga kali menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan yang menyeru gencatan senjata segera di Gaza pada Oktober 2023, Disember 2023 dan Februari lalu, selain berkecuali dalam beberapa undian resolusi lain.

Related Posts

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersetuju mengambil langkah perlu bagi menangani situasi yang menyebabkan jerebu di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, persetujuan itu dicapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan langkah segera menangani masalah jerebu yang melanda negara ketika ini. Anwar berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak diharap kekal, meningkat

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Pan Borneo: Teguran audit perlu tindakan segera, elak kelemahan berulang

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Jerebu membimbangkan, Anwar hubungi Prabowo ambil langkah segera

Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

  • By Fandi
  • October 8, 2026
Tuntutan palsu RM15,000, pegawai agensi kerajaan didakwa 14 pertuduhan

12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara