Lebih 55,000 individu terima bantuan kebajikan – Fatimah Abdullah

KUCHING – Lebih 55,000 individu dilaporkan menerima pelbagai jenis bantuan kebajikan di Sarawak setakat Oktober 2024.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, pihaknya menyalurkan bantuan kebajikan sebanyak RM215 juta.

“Lebih 55,000 orang menerima bantuan kebajikan sebanyak RM215 juta,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak sedar peningkatan kos sara hidup selain kelangsungan hidup pada masa kini agak mencabar.

“Oleh itu, pelbagai bantuan disalurkan untuk memperkukuh kehidupan individu yang layak selain mendapat sokongan yang sewajarnya,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Sementara itu, Fatimah turut memberitahu pihaknya turut menyalurkan Bantuan Kesihatan Bersasar kepada mangsa bencana.

“Sejumlah RM4.5 juta disaluarkan kepada 110 pesakit di bawah Skim Bantuan Alat Tiruan/Sokongan setakat Oktober 2024,” jelas beliau.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus