Apabila Macron berbahasa Melayu

CIAPAN Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggunakan bahasa Melayu melalui platform media sosial X berkaitan petemuannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa menarik perhatian netizen.

Macron berkata, pertemuan itu membolehkan mereka mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Perancis dan Malaysia.

“Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi Asean.

“Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” tulisnya di X.

Marcon dan Anwar bertemu pada Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil.

Ciapan pemimpin utama Perancis itu membuat ramai netizen antaranya pemilik akaun X memanggilnya sebagai Mat Cron kerana boleh menulis dalam Bahasa Melayu.

Pemilik akaun RedA pula membalas ciapan itu dengan mengajak Marcon untuk pekena nasi lemak.

“Bila nak datang lepak KL? Boleh ajak sarapan pagi makan nasi lemak!

Asrol Iberahim pula mengajak Presiden Perancis itu datang melawat Malaysia.

“Jemput datang Ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia ialah tahun 2017. Iaitu. Presiden Francois Hollande,” ciapnya.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, pertemuan mereka itu menunjukkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Kami turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025 yang mana saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan Asean-Perancis.

“Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana,” kata Anwar.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar