Ibu maut, anak lelaki cedera parah dirempuh kereta api

PUTATAN – Seorang ibu maut manakala anak lelakinya cedera parah selepas dirempuh kereta api semasa melintas landasan kereta api berhadapan Kampung (Kg) Petagas, di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, kejadian berkenaan membabitkan dua orang mangsa dikenal pasti sebagai Lena Gabin, 41 dan kanak-kanak berumur 11 tahun yang putus kaki kanan, serta cedera di tangan dan kepala.

“Kedua-dua mangsa terheret lebih kurang 20 meter selepas dirempuh di landasan berkenaan oleh sebuah kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari daerah Beaufort.

“Mangsa wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Queen menaiki ambulan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba kemudian melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat jenazah mangsa untuk diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, sebelum itu, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 1.58 petang telah menggerakkan seramai tujuh anggota bomba yang dibantu 10 anggota PDRM dan KKM bersama dua buah jentera yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.20 petang.

“Operasi keseluruhannya ditamatkan pada pukul 2.47 petang,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong