Masyarakat India di Sabah wajar diberi perhatian

SANDAKAN – Masyarakat India di Sabah wajar diberi perhatian dan tidak tercicir daripada bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, beliau akan berusaha memastikan masyarakat India di Sabah menerima perhatian yang sewajarnya.

Katanya, akan segera mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ramanan Ramakrishnan yang memegang Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) bagi masyarakat India di seluruh negara.

“Saya akan menjadi jambatan antara kerajaan negeri dan pusat bagi perkara ini,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Deepavali 2024 di Hotel Sandakan di sini pada Sabtu.

Tambah Ratib, perkara ini juga akan dibawa ke Kabinet Negeri Sabah agar masyarakat India di Sabah tidak terkecuali daripada arus pembangunan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Gabungan Komuniti India Sabah (ASICA), Datuk A. Nagaraju memohon agar Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan sebahagian daripada peruntukan ‘Mitra Fund’ untuk manfaat masyarakat India di Sabah.

Menurutnya, golongan India di Sabah masih ada yang hidup dalam kemiskinan dan memerlukan bantuan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dapat menjadi penghubung dalam usaha menyalurkan dana kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Sabah.

Sebagai rekod, Mitra yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan sebuah unit khas bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu