Maxim perkenalkan ciri mesra OKU dalam aplikasi

KUCHING – Syarikat pengangkutan e-hailing, Maxim E-hailing memperkenalkan ciri baharu iaitu mesra orang kurang upaya (OKU) dalam aplikasi e-hailing tersebut.

Melalui ciri tersebut, ia dapat membantu orang yang memerlukan bantuan serta tambahan lima minit untuk tempoh menunggu sebaik pemandu tiba di lokasi pengambilan.

Menurut Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, pihaknya percaya keterangkuman adalah kunci dan teruja menjadi sebahagian daripada meningkatkan golongan OKU.

“Sama ada aktiviti rutin, temu janji perubatan atau interaksi sosial, kami berharap dapat menyediakan pengalaman yang lancar dan bebas tekanan yang membantu meningkatkan kualiti hidup penumpang OKU,” ujar Hazwan.

Tambah Hazwan, pihak Maxim sentiasa berusaha mewujudkan ekosistem pengangkutan yang dapat diakses oleh semua orang.

Selain itu, aplikasi Maxim juga turut dilengkapi dengan ciri pengecaman pertuturan untuk orang buta yang dapat membuat tempahan menggunakan suara mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Pencapaian pengiktirafan pertuturan aplikasi ini merupakan tambahan yang menarik pastinya menjadikan golongan berkeperluan khas lebih bebas.

Ini merupakan langkah ke arah komitmen Maxim Malaysia terhadap aplikasi mesra pengguna.

Wakil Persatuan Orang Buta Sarawak, Adzohari Jamil berkata, e-hailing merupakan pengangkutan utama untuk komuniti orang buta.

“Kita sangat memerlukan untuk kegunaan harian seperti pergi ke tempat kerja atau pergi dari satu lokasi ke lokasi lain,” ujar Adzohari.

Tambah Adzohari, ini dapat memudahkan golongan buta menggunakan e-hailing dengan selesa dan selamat kerana sebelum ini mereka menggunakan bas tetapi terdapat beberapa kejadian menyukarkan mereka ke lokasi tepat secara langsung.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff