Kuda dan golok

KUDAKU lari gagah berani
Larilah ayuh lari
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari

Itu antara bait-bait senikata yang pernah didendang oleh Biduanita Negara Allahyarhamah Syarifah Aini. Suka dengar lagu ni sambil minum kopi dan pisang goreng di petang hari. Tahniah Siti Nurhaliza atas penganugerahan sebagai Biduanita Negara. Contoh dan ikon pewaris negara.

Kenapa pula dengan Golok? Bagi mereka yang ada dusun atau kebun mesti akan ada golok atau parang untuk mudahkan mencantas pokok menjalar dan dahan-dahan mati di kebun untuk menjaga tanaman supaya membesar dengan baik dan memberi hasil yang baik juga nanti. Golok itu mestilah tajam dan disimpan sebaiknya dalam sarungnya.

Apa kaitan Kuda dan Golok? Ya, ia ada kaitan. Bekalan pil kuda memang banyak dari Golok. Pasaran ada di sana dan senang pula dipasarkan di sempadan. Ada pembekal dan pelanggan. Keluk ekonomi, ada penawaran ada permintaan.

Meletup dua tiga minggu lepas penahanan warga Malaysia dengan pil berkenaan oleh Polis Thailand. Malas nak ulas yang ini.

Tetapi, isu ini berlanjutan dan membarah dalam kalangan anak muda kita.

Ancaman utama dan terbesar negara adalah DADAH – Resolusi Konvensyen Keselamatan Negara 2024. Ancaman ini bukan tanggungjawab hanya satu pihak. Mesti kerjasama semua pihak. Persekutuan, negeri, NGO, sekolah, ibu bapa, dan semua jenis entiti yang jika ditulis disini sangat panjang senarainya.

Anak muda ini pewaris bangsa, mereka sangat bernilai untuk negara.

Anak muda ini perlu dicorak langkahnya, agar warisan terus dijaga.

Anak muda ada gelojohnya, tetapi panduan boleh redakannya.

Anak muda bukan tanggungjawab satu pihak sahaja, kita semua ada peranannya.

Kerana, mereka pewaris bangsa, penerus warisan negara, pemimpin masa depan kita.

Membina negara bermula dengan sekecil-kecil usaha, meruntuh negara dan bangsa boleh bermula dengan pil kuda sahaja.

Sanggupkah kita melihat bangsa dan negara kita dimamah oleh kuda yang tiada gigi?

Kuda ku lari gagah berani. Teruskan lari. Untuk pertiwi.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama