Membela Palestin perlukan kebijaksanaan

TERKEDU pembangkang apabila Perdana Menteri (PM) membuat usul kepada dunia agar Israel dikeluarkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Apa tidaknya, selama ini mereka memperleceh setiap usaha PM membantu rakyat Palestin.

Presiden Pas umpamanya, kerap mengatakan, sokongan PM ke atas Palestin tidak cukup kuat.

Kenyataannya itu disambut dengan gegak-gempita oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) terutama pentaasub Pas.

Dengan pelbagai cara mereka menyebarkan naratif itu ke akar umbi hinggakan terbentuk kesimpulan yang batil – PM tidak ikhlas membela Palestin.

Apabila PM membawa sejumlah rakyat Palestin yang menjadi mangsa perang di bumi mereka ke negara ini, ada pihak tertentu mempersoalkan kewajarannya.

Pelik betul golongan itu – meletakkan isu tersebut dalam situasi sedemikian.

Yang lebih peliknya, mereka mendakwa PM hanya berlakon; mencari keuntungan politik dengan berlagak menjadi juara pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Lihatlah itu, sampai ke situ pula fikiran mereka – jauh tersasar dari lingkungan akal budi tinggi.

Sebelum itu, ada seorang Ahli Parlimen Pas mengkritik PM kerana menggunakan pesawat untuk melakukan kerja rasmi di Rusia (dan negara luar).

Katanya, itu membazir kerana menggunakan kenderaan darat lebih menjimatkan.

Kata mereka juga, tidak perlulah berbaik-baik dengan China, kelak negara tergadai.

Berikutan itu, lawatan PM ke China baru-baru ini digambarkan sebagai kerja yang gagal dan tidak berfaedah.

Difitnah pula PM kononnya tidak mendapat liputan media antarabangsa.

Bagi membuktikan nasib malang PM itu ada asasnya, disebarkan gambar bahawa hanya ada dua mikrofon media di hadapan PM pada sidang media di China.

Betapa naifnya pembangkang. Sudahlah jahil ilmu kewartawanan, berlagak pandai serba-serbi.

Pun begitu, naratif tersebut tetap laris di mata penyokongnya.

Buktinya, kritikan itu disambut oleh penyokong tegar pembangkang dengan kenyataan bahawa tidak perlu PM keluar negara begitu demi mengawal perbelanjaan wang negara.

Sukarnya menjadi seorang Anwar Ibrahim di tanah bertuah ini apabila ada mata yang buta dan hati yang hitam begitu.

Semua itu terjadi kerana kita ada pembangkang yang berjiwa kecil dan sangat naif.

Tidakkah mereka tahu bahawa membina semula negara kita dan membela rakyat Palestin itu memerlukan kebijaksanaan?

Tanpa ada hubungan baik dengan negara luar tanpa mengira itu negara Islam atau tidak, sukar Malaysia mencipta kemajuan dan sukar menjadi berpengaruh.

Lihat sekarang, apabila PM kian popular dan dihormati masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan warna kulit, suara Malaysia dalam sesuatu isu diberi perhatian.

Setelah tersenarai antara pemimpin Islam berpengaruh, pemimpin negara berkarisma, dan ketua negara yang baik hubungan dengan dunia luar, bisa PM makin kelihatan.

Pengusulan PM kepada PBB berkaitan keahlian Israel dalam badan dunia itu kini diberi perhatian.

Kalaupun belum ada kata putus, sekurang-kurangnya suara itu sudah masuk peti khas untuk dibincangkan.

Itulah namanya kebijaksanaan.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib