21 lokaliti bank makanan gajah bakal diwujudkan

KOTA TINGGI – Sebanyak 21 lokaliti telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mewujudkan bank makanan gajah dalam usaha mengelakkan konflik antara haiwan liar itu dengan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, setakat ini empat lokasi bank makanan sudah beroperasi manakala dua lagi iaitu di Santuari Gajah Johor (JES) di sini, pula bakal siap sepenuhnya.

“Dengan adanya lokasi food bank (bank makanan) untuk gajah, kita akan dapat menarik gajah-gajah datang untuk mendapatkan makananan.

“Contohnya JES dengan keluasan 72 hektar di tebing hutan Panti di sini mempunyai fungsinya sendiri. Ini juga sebagai satu pusat penyelidik dan penyelamat gajah,” katanya.

Terdahulu, beliau mengulas perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya ketika mengadakan lawatannya di Pusat Santuari Gajah di daerah ini, semalam.

Tian Soon berkata, segala kemudahan untuk mamalia itu merupakan hasil kerjasama dan kajian oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, Taman Negara (Perhilitan) serta universiti tempatan.

Dalam pada itu tambah beliau, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sehingga RM9 juta bagi membina pagar elektrik seluas 16 kilometer di sekitar Hutan Panti, di sini.

Jelasnya, langkah itu bagi mengelak kumpulan gajah berkenaan masuk ke sembilan buah kampung berdekatan sekaligus menghalangnya daripada menganggu kawasan pertanian dan penempatan.

Pada masa sama, kata beliau, pagar tersebut akan memudahkan gajah-gajah berkenaan memasuki kawasan JES bagi mendapatkan makanan.

“Mudah-mudahan dengan adanya inisiatif ini, konflik antara gajah manusia di kawasan terlibat dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus.

“Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini terbela selain dalam masa sama berusaha melindungi habitat mamalia berkenaan,” katanya.

Related Posts

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

KUCHING – DAP Sarawak menyambut baik usaha berterusan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pengembalian hak dan penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Pahang mengumumkan pembayaran dividen modal syer tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1967, iaitu pada kadar 60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli