Terjah MRSM didakwa buka aib, Asyraf akui lebih malu dipersoal Allah kelak

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak menganggap inisiatifnya melakukan kunjungan mengejut ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai membuka aib institusi pendidikan tersebut.

Beliau malah menegaskan, sepatutnya selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) beliau lebih malu kerana MRSM adalah di bawah kendaliannya.

“Ada kata saya buka aib apabila terjah MRSM.

“Kalau buka aib, sepatutnya saya Pengerusi paling malu kerana MRSM bawah saya.

“Lebih baik malu sekarang daripada dipersoal Allah atas segala kepincangan,” tegas Asyraf.

Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan peruntukan tambahan akan disalurkan terutamanya bagi menaik taraf fasiliti maktab bagi memastikan agenda transformasi MRSM ini benar-benar berkesan dan berimpak tinggi.

“Sebelum berlepas ke Abu Dhabi, sempat mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai laporan agenda transformasi menyeluruh MRSM yang digerakkan oleh Pasukan Khas yang saya bentuk dan diketuai oleh Ahli Majlis MARA, Tan Sri Muhammad Ibrahim (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia).

“Banyak dapatan yang saya kongsikan juga berasaskan isu-isu yang saya sendiri perolehi daripada siri-siri #TerjahMRSM dan lawatan mengejut ke MRSM-MRSM seluruh negara.

“Apa yang penting peranan MRSM untuk melahirkan generasi kepimpinan pewaris negara dalam pelbagai bidang dengan adunan kurikulum bersepadu yang menitik beratkan pembangunan insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi mesti diperkasakan.

“Ini juga memerlukan persekitaran yang kondusif termasuk keadaan fasiliti Maktab dan pemakanan pelajar mesti berada dalam keadaan terbaik. Sebarang cadangan dan maklum balas sentiasa dialu-alukan,” ujar Asyraf.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memelihara khazanah turath sebagai warisan yang menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang panjang. Beliau berkata, tradisi keilmuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Perpaduan menyelesaikan agenda reformasi institusi yang masih tertangguh sebelum mempertimbangkan pembubaran awal Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah