Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkasa usahawan kecil

JABATAN Pertanian Negeri Perak antara jabatan kerajaan yang sentiasa aktif dalam membantu golongan usahawan kecil dalam menjana pendapatan.

Terbaharu, jabatan tersebut dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah membantu seorang ibu tunggal, Siti Fatimah Osman, membuka sebuah bengkel pemprosesan pes sambal di Taman Muhibbah, Temoh, Tapah, Perak.

Menurut Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman, pihaknya membantu bagi memudahkan urusan para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke arah lebih baik.

Ujarnya, antara agensi lain yang turut sama membantu ialah STeP.

“Kita membantu para usahawan untuk mendapatkan khidmat bantuan untuk membuka bengkel.

“Manakala STeP memberi geran kepada usahawan yang menjadi ahli yang berdaftar di dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak STeP,” katanya ketika merasmikan Bengkel Ctyza Enterprise baru-baru ini.

Turut menyempurnakan perasmian, Pengarah STeP, Mohamad Rozlan Mohamad Razali dan Penolong Pegawai Daerah Batang Padang, Shahrizal Jamalullail Shahudin.

Mengulas lanjut, pemilik bengkel, Siti Fatimah berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya mengusahakan perniagaan pembuatan sambal dan kuih-muih sejuk beku secara kecil-kecilan.

“Sekarang, saya tidak menyangka akan mempunyai bengkel proses pes sambal sendiri.

“Saya merupakan usahawan kecil yang mendapat bimbingan dan khidmat bantuan daripada Jabatan Pertanian Perak untuk membuka bengkel.

“Di samping penerima geran STeP, saya juga penerima geran daripada agensi lain seperti Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA),” katanya yang juga amat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang banyak membantu usahawan-usahawan kecil sepertinya.

Jelas Siti Fatimah, sebelum ini, dia telah berjaya menghasilkan produk sambal sebanyak 1,200 botol pada tahun 2023 dengan nilai jualan RM21,600.

“Selain pemprosesan pes sambal, saya turut menjadi tenaga pengajar pembuatan kek dan pastri bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berkemahiran,” ujarnya.

Dia juga antara usahawan yang rajin menyertai program anjuran pelbagai agensi dalam menimba ilmu untuk menjadi usahawan berpengetahuan dan berpengalaman.

Related Posts

Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

SHAH ALAM – Infrastruktur digital yang kukuh, bakat berkemahiran tinggi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara elemen penting dalam usaha Selangor memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi digital dan teknologi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api