Anwar pelawa bekas Mufti Mesir datang ke Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir, Syeikh Prof Ali Jum’ah ke Malaysia, bagi meneruskan kesinambungan pengajaran turath Islami yang sedang giat digerakkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, undangan itu juga seiring dengan penganjuran Majlis Sama’ Hadis Shahih Bukhari yang kini sedang berlangsung di Putrajaya.

Perkara itu disuarakan Anwar melalui pertemuannya dengan Ali yang juga Ketua Lajnah Agama dan Wakaf di Parlimen Mesir, sejurus tiba dari Riyadh, Arab Saudi.

“Maudu’ perbincangan berkisar ikhtiar Kerajaan Madani untuk terus meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul melalui pengajian tradisi turath, dan penterjemahan karya-karya ilmiah di khalayak masyarakat,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar tiba di Riyadh, semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam.

Kehadiran Perdana Menteri ke sidang kemuncak itu adalah untuk menyuarakan pandangan dan membawa mandat rakyat Malaysia mengenai kekejaman berterusan serta isu kemanusiaan yang berpunca daripada tindakan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lubnan.

Anwar kembali ke Kaherah untuk meneruskan lawatan rasmi empat harinya ke Mesir, yang bermula Sabtu lalu.

Related Posts

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony
  • AdenAden
  • October 26, 2026

MELAKA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi”…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menurunkan kadar penangguhan giliran menunaikan haji daripada lebih 50 peratus kepada hanya 18 peratus selepas melaksanakan syarat simpanan minimum RM15,000. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak