Bernas kekal pengimport tunggal beras sehingga 2031 – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Selaras dengan perjanjian konsesi antara kerajaan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang berkuat kuasa dari 11 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2031, maka Bernas kekal sebagai pengimport tunggal beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain Bernas kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melantik atau memberi kuota kepada mana-mana pihak untuk mengimport beras ke dalam negara.

Beliau menegaskan demikian ketika hadir dalam sesi Kamar Khas bagi menjawab soalan kepada monopoli pembelian padi oleh pengilang beras.

“Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan atau mengawal kuota pembelian padi bagi setiap pengilang padi komersial atau pemegang lesen membeli padi sebaliknya pemain industri akan bersaing secara bebas berdasarkan permintaan dan penawaran.

“Melalui pendekatan ini, pesawah bebas memilih untuk menjual hasil padi mereka di mana-mana pengilang padi atau pemegang lesen membeli padi yang menawarkan tawaran harga yang terbaik sekali gus membantu menstabilkan pendapatan pesawah serta meningkatkan daya saing di kalangan pengilang. Namun begitu, pengilang perlu mematuhi harga minimum belian padi yang telah ditetapkan oleh kerajaan serta had kapasiti simpanan padi yang dinyatakan di dalam lesen.

“Berdasarkan perjanjian konsesi antara kerajaan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2031.

“Justeru, selaras dengan perjanjian konsesi antara Kerajaan dengan Bernas yang masih berkuat kuasa, kerajaan pada masa ini masih mengekalkan peranan Bernas sebagai pengimport tunggal beras serta tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melantik atau memberi kuota kepada mana-mana pihak untuk mengimport beras ke dalam negara,” kata Mohamad.

Menurut beliau lagi, Bernas dengan kos dan perbelanjaannya sendiri perlu melaksanakan 10 obligasi sosial untuk pembangunan industri padi beras.

“Salah satu obligasi sosial tersebut adalah menguruskan skim pengilang dan pemborong beras Bumiputera serta koperasi petani.

“Melalui obligasi ini, Bernas melaksanakan program-program pembangunan bagi membantu pengilang, pemborong dan koperasi petani Bumiputera dalam rantaian industri padi dan beras,” kata Mohamad dalam kenyataan media pada Selasa.

Ujar beliau, antara program yang dijayakan Bernas ialah membantu pengilang dengan menyediakan sokongan kewangan bayaran belian padi mengikut persetujuan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kata Mohamad, sehingga 5 November 2024, jumlah pengilang padi komersial di seluruh negara adalah sebanyak 153 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 pengilang adalah Bumiputera.

Related Posts

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

KUALA LUMPUR – Pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa meneroka peluang dalam teknologi robot humanoid sebagai langkah seterusnya untuk meningkatkan keupayaan industri ke tahap lebih tinggi. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX dijangka ambil kira pahit getir ditanggung M40 menerusi Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Golongan M40 dijangka mempengaruhi keutamaan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 pada Oktober depan, dalam membantu golongan itu yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup bandar, komitmen hutang serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api