Tambah biasiswa pelajar cemerlang di Universiti Al-Azhar Al-Sharif

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi di Universiti Al-Azhar Al-Sharif antara tiga perkara dipersetujui Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb pada pertemuan yang diadakan petang tadi (waktu tempatan).

Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu juga, Sheikh Al-Azhar bersetuju mewujudkan program Sains Islam (Ulum Islamiah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan dimulakan pada pengajian semester akan datang.

Anwar berkata, persetujuan juga dicapai bagi menyahut pelawaan Sheikh Al-Azhar untuk menubuhkan Majlis Hukama’ al Muslimin pimpinan beliau di Kuala Lumpur dengan menamakan wakil Malaysia, termasuk seorang wanita.

“Petang tadi, saya berjumpa Sheikh Al-Azhar di pejabatnya di Universiti Al-Azhar Al-Sharif bagi membincangkan pelbagai perkara khususnya membabitkan soal pendidikan yang mana saya zahirkan penghargaan atas usaha dan peranan universiti itu dalam membantu pelajar Malaysia.

“Saya juga nyatakan bahawa Malaysia dan Universiti Al-Azhar Al-Sharif perlu terus pertingkat kerjasama di rantau Asean terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu.

“Pada pertemuan itu, Universiti Al-Azhar Al-Sharif memaklumkan mereka bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan kejuruteraan dan teknologi, selain kami menyentuh soal memorandum persefahaman (MoU) yang terkait kerjasama dengan USIM,” katanya.

Sementara itu, ketika meluangkan masa melawat Wisma Seri Mutiara iaitu bangunan asrama pelajar anak Pulau Pinang yang menuntut di Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Perdana Menteri turut menasihatkan mereka menjaga nama negara dan menuntut ilmu dengan baik.

“Saya dapat menyantuni anak Pulau Pinang yang belajar di sini dan menitipkan pesan supaya mereka menjaga nama baik Malaysia serta belajar dengan tekun,” katanya.

Anwar turut menyaksikan penyerahan dana berjumlah RM780,000 oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada wakil Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk proses penambahbaikan dan penyelenggaraan asrama lama Wisma Seri Pinang, yang terletak bersebelahan bangunan baharu.

Related Posts

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

PENETAPAN 50 ekar di Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu menjadi langkah penting melindungi kepentingan Bumiputera di kawasan bandar bernilai tinggi. Belanjawan 2027 diharap meneruskan usaha itu dengan sokongan pelaksanaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017