Anwar selamat tiba di Riyadh

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam, hari ini.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra yang dikongsi di laman X, ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Abdulrahman, serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh, Dr Faisal bin Abdulaziz.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Anwar akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Beliau dijangkakan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa.

Sidang kemuncak ini juga akan membincangkan isu kritikal membabitkan negara Islam.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar