Muzium ajaran sesat di Langkawi cadangan tidak masuk akal

ALOR SETAR – UMNO Kedah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah supaya diwujudkan sebuah muzium ajaran sesat di pulau pelancongan berkenaan sebagai satu idea yang sangat menyimpang daripada logik dan keperluan industri pelancongan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tidak ada keperluan membuka muzium seperti itu, tambahan pula di Langkawi.

“Apa yang hendak banggakan dengan ajaran sesat sehingga perlukan sebuah muzium, pelancong mana yang berminat mengambil tahu tentang ajaran sesat?” katanya.

Menurutnya, sehingga kini ia masih tidak perlukannya lagi tetapi mungkin satu-satunya yang diperlukan hari ini adalah muzium ‘katak politik’ untuk renungan generasi akan datang supaya mereka yang melihatnya akan insaf dengan keburukan tindakan ‘katak politik’ itu.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang menerima mandat sangat kukuh sehingga menghilangkan wang deposit seorang mantan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, tidak sepatutnya cadangan sedemikian itu diusulkan di sidang Parlimen.

“Beliau sepatutnya mengutarakan keperluan rakyat dan tampil dengan idea untuk kembali memulihkan reputasi Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan yang dahulunya tersohor.

“Ahli Parlimen Langkawi dari Perikatan Nasional (PN) itu perlu lebih bijaksana dan sensitif membawa isu-isu atau pun teguran membina ke dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah kali kedua ahli Parlimen berkenaan bercakap tidak bijaksana dalam sesi Dewan Rakyat.

Pada November tahun lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan seksis terhadap seorang Ahli Parlimen wanita mewakili DAP sehingga terpaksa memohon maaf atas kenyataanya itu.

“UMNO Kedah mencadangkan PN membentuk satu tapisan yang lebih berkesan dalam proses memilih calon wakil rakyat.

“Seharusnya perlu dibuat saringan ‘mental’ dan ‘psikologi’ daripada mengelakkan kualiti Ahli Parlimen Langkawi kembali berulang. Ini secara tidak langsung memalukan penduduk Langkawi yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Related Posts

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

SEMPORNA – Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas gagal membayar denda RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Rabu akibat memiliki 600 liter petrol tanpa permit. Ketua Cawangan KPDN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

KOTA KINABALU – Sebanyak 346 daripada 2,349 sampel sayur-sayuran tanah tinggi dan tanah rendah yang dianalisis sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) didapati melanggar had maksimum residu racun perosak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja