Lawatan UMS ke Indonesia fokus kerjasama akademik, klinikal serantau

KOTA KINABALU – Lawatan rasmi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Universitas Indonesia Jakarta dan Universitas Padjadjaran Bandung baru-baru ini menghasilkan fokus kerjasama akademik dan klinikal serantau.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FPSK UMS, Profesor Madya Dr Fairrul Masnah @ Kadir berkata antara tujuan program berkenaan diadakan adalah sebagai penanda aras dalam bidang akademik dan klinikal di samping mempromosikan FPSK UMS dan menggalakkan kerjasama antara kedua-dua institusi di masa hadapan.

“Lawatan ini membuka peluang kepada UMS untuk menimba pengalaman berharga serta menyaksikan kemajuan luar biasa yang dicapai kedua-dua universiti sejak era pra-perang.

“Di Universitas Indonesia, kami terpegun dengan faktor-faktor yang menyumbang kepada statusnya sebagai universiti terbaik Indonesia dan Jabatan Radiologi di situ, mempunyai 18 pakar Radiologi yang 90 peratus memiliki ‘subspecialty’ tunggal atau berganda dan dilengkapi dengan teknologi pengimejan perubatan terkini.

“Di samping itu, pasukan oftalmologi juga telah mencipta kit saringan mata yang inovatif, setanding dengan kit yang terkenal di pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Fairrul berkata, lawatan itu mendedahkan bakat dan kemudahan perubatan luar biasa.

“Di Universitas Padjadjaran, terutama di Pusat Mata Kebangsaan Cicendo Indonesia, mempunyai bilik bedah, klinik dan bilik saringan serta penilaian klinikal yang canggih.

“Dalam lawatan tersebut, kedua-dua institusi memberikan sambutan yang hangat dan menunjukkan hospitaliti yang terbaik.

“Kedua-dua institusi turut menyatakan harapan yang tinggi untuk menjalin kerjasama dengan UMS dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, penerbitan, kursus, serta pertukaran pelajar dan kakitangan,” ujar beliau.

Tambahnya, kerjasama ini bukan sahaja mencerminkan komitmen UMS dalam memajukan pendidikan dan amalan perubatan tetapi juga mengukuhkan hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan taraf pendidikan dan kesihatan sejagat.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz