Jana transaksi hampir RM400 bilion, Selangor teraju utama ekonomi digital negara

SEKTOR e-dagang di Selangor terus melonjak tinggi susulan pencapaian menjana nilai transaksi hampir RM400 bilion tahun lalu.

Exco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han berkata, pencapaian itu membuktikan negeri itu sebagai pemangkin utama ekonomi digital negara.

Jelasnya, program latihan dan bimbingan yang diperkenalkan di bawah Selangor E-Commerce Xccelerator 2024 (ECX24) turut menyokong pertumbuhan sektor tersebut.

“Program seperti ECX24 memainkan peranan penting dalam menyokong sektor e-dagang di Selangor. Ia mengangkat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya lebih berdaya saing serta mampu mencapai tahap lebih tinggi.

“Inisiatif Selangor ECX akan memainkan peranan lebih penting pada tahun hadapan, Selain itu, ekonomi digital akan menjadi penyumbang kepada kadar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya pada majlis penutup ECX24 di Auditorium Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Terdahulu, 10 syarikat PKS diumum sebagai pemenang Selangor ECX24 anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Syarikat PKS itu ialah Wellness Cosmetology Alliance Lab Sdn Bhd, Nasi Lemak Nale Sdn Bhd, Ominent Sdn Bhd, Eartheories Sdn Bhd, Gelatomio Production Sdn Bhd, Saudagar Asia Sdn Bhd, Kimyra International Sdn Bhd, Natugee Sdn Bhd, MCCKT Ventures Sdn Bhd dan Naza Beyond Ventures.

Pemenang menerima wang tunai, trofi, sijil dan lawatan perniagaan ke ibu pejabat ByteDance’s di Shanghai, China.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping berkata, Selangor komited meneroka inovasi inovasi dalam teknologi runcit dan perdagangan digital.

“Pembentangan demo di peringkat akhir pada ECX24 menunjukkan Selangor sentiasa menyokong inovasi digital selain memastikan Selangor kekal berada di hadapan dalam sektor ini.

“Setiap peserta mempamerkan daya tahan dan kreativiti pada demo untuk memacu ekonomi Malaysia ke hadapan,” katanya.

  • Related Posts

    Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

    TAWAU – Dua penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Khamis, atas enam pertuduhan berkaitan tuntutan palsu elaun penugasan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana berjumlah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

    KOTA KINABALU – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekebun kecil sawit menerusi program tanam semula, penggunaan teknologi serta penghasilan produk berkualiti dan mempunyai kebolehkesanan bagi memperluas…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

    Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

    Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

    • By Fatin
    • September 24, 2026
    Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

    PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

    PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

    Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

    Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

    Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

    Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

    PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

    PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik