Pakar sejarah Prof Zainal Kling meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pakar sejarah negara, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Shah Alam.

Bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa untuk dimandi, dikafan dan dekat Surau Seksyen 3, di Shah Alam.

Terdahulu anak kepada tokoh akademik itu, Reza Zainal berkata, ayahnya sebelum ini dibawa ke unit kecemasan hospital tersebut selepas keadaan kesihatannya merudum akibat komplikasi diabetik yang dialaminya, lapor Utusan.

Allahyarham Dr. Zainal memberi sumbangan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bidang Ensiklopedia Dunia, Pengerusi Pakar Bidang Kebudayaan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP.

Selain itu, Ahli Majlis Pemandu Basmi Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Ahli Jawatankuasa Penilai Institut Terjemahan Negara Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pakar, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Ahli Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Ahli Persatuan Linguistik Malaysia dan Ahli Persatuan Diraja Bahagian Malaysia (MBRAS). Kini beliau bertugas di Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha