Dr Kjey pecah rekod senaman kardio 15 jam tanpa henti

KUANTAN – Pelatih kecergasan, K Jey Prabakaran Thevar, 27, atau lebih dikenali Dr Kjey memperbaharui rekodnya dalam Influencer Book of World Records (IBOWR) dan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 15 jam tanpa henti pada 14 Oktober lalu.

Pada 23 Julai tahun lepas, anak jati Pahang kelahiran Kuala Lipis itu mencatatkan tempoh selama 12 jam tanpa henti untuk jenis senaman sama.

Dr Kjey turut melakar rekod dalam Asia Book of Record apabila melakukan senaman itu selama 13 jam tanpa henti pada Jun lalu.

Menurutnya, pencapaian itu hasil kerja keras dan sokongan padu pelbagai pihak khususnya keluarga dan rakan yang banyak membantu

“Persiapan dibuat sejak awal tahun ini dengan menjaga pemakanan… memastikan makan lapan kali sehari tapi dalam jumlah berpatutan supaya ada tenaga melakukan disiplin senaman ini.

“Saya berusaha membaiki pencapaian tahun lalu iaitu saya diiktiraf manusia pertama membuat senaman kardio dan angkat berat tanpa henti selama 12 jam,” katanya.

Dia menerima sijil pengiktirafan daripada wakiI IBOWR, P Tamilanban dan wakil MBOR, Mohamad Hazrul Hafizi Ahmad Fauzi di Jerantut Hill Resort, dekat Jerantut.

Ditanya perancangannya selepas ini, anak bongsu daripada empat beradik itu nekad mencipta tiga rekod baharu dunia tahun hadapan dengan menggunakan lebih 20 peralatan senaman seperti treadmill, dumbel, barbell dan lain-lain.

Tamilaban menyifatkan pencapaian Kjey sesuatu yang dibanggakan dan perlu menjadi contoh kepada rakyat di negara ini untuk melakar pencapaian luar biasa.

Jelasnya, segala aktiviti dan pencapaian Kjey sentiasa dipantau secara dekat dan dirakam dalam bentuk video sebelum dihantar ke ibu pejabat sama ada di India, United Kingdom atau Jerman untuk disahkan.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula