Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho terima tambahan peruntukan RM7 juta

BATU KAWA – Peruntukan bagi Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawa akan ditambah sebanyak RM7 juta.

Kerja yang melibatkan pencahayaan dan kemudahan lain itu dimohon oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian bagi menyempurnakan projek tersebut yang akan memasuki fasa kedua.

“Kita memerlukan peruntukan tambahan RM7 juta bagi pelaksanaan projek fasa kedua Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho yang merangkumi pencahayaan kerana keadaan pada waktu malam agak gelap disebabkan tebing dan pokok.

“Ia juga akan melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki dan membuka peluang kepada aktiviti memanjat tebing dan lain-lain. Usaha itu juga akan meningkatkan penggunaan tempat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serba Guna Kuari Ang Cheng Ho yang disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Batu Kawa pada Isnin.

Menjelas lanjut berkenaan projek kuari tersebut, Dr Sim berkata, projek ini mempunyai memori sejarahnya yang tersendiri yang mana projek tersebut telah diluluskan beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 pada 2020.

“Kawasan ini merupakan kuari yang sudah lama ditinggal dan tidak digunakan. Maka ia dihidupkan semula dengan pembinaan dewan serba guna untuk kegunaan awam.

“Tambahan dewan tersebut ini sudah pun digunakan tahun ini semasa sambutan Tahun Baharu Cina, untuk kelas tambahan bagi pelajar tingkatan lima serta konsert animasi.

“Bagi merancakkan lagi kawasan ini, kita akan membina taman reakreasi awam bertujuan meningkatkan landskap bandar raya selain menambah aktiviti pelancongan negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau terus berusaha memperkasa pembangunan di kawasan Batu Kawa terutama untuk menjadi tarikan pelancong.

Pada Februari lalu, Dr Sim memberitahu kerajaan Sarawak merancang membina taman rekreasi itu sebagai lanjutan kepada pembangunan Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho Batu Kawa fasa pertama di kawasan seluas 20 ekar.

Ujarnya, rancangan tersebut melibatkan keseluruhan kawasan seluas 60 ekar, merangkumi tanah lapang 40 ekar milik syarikat swasta dari Kuari Ang Cheng Ho menuju ke Emart Batu Kawa.

Projek itu dirancang dibangunkan secara berperingkat untuk merancakkan lagi sosioekonomi bandar raya Kuching itu akan merangkumi pembinaan taman tema air serta pelbagai kemudahan rekreasi seperti laluan joging, berbasikal, mendaki dinding tiruan dan banyak lagi.

Untuk rekod, Dewan Serba Guna Kuari Ang Cheng Ho mempunyai keluasan kira-kira 19,375 kaki persegi yang dapat memuatkan 1,000 orang untuk pelbagai jenis acara.

  • Related Posts

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

    Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

    Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

    Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

    Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin