Lebih banyak pusat data dibina di Johor

KUALA LUMPUR – Lebih banyak perkembangan menarik akan berlaku di Johor dalam masa terdekat, khususnya dalam sektor pusat data, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, Johor kini menjadi tumpuan utama global, berikutan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Terdapat lebih 50 pusat data di Johor, sama ada yang sedang dalam permohonan, dalam pembinaan atau sudah beroperasi. Saya percaya akan ada lebih banyak lagi pusat data ditubuhkan selepas ini.

“Saya berada di sana pada hujung minggu bersama Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi), dan antara perbincangan utama adalah matlamat Johor untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong sepenuhnya industri pusat data,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Amazon Web Services (AWS) Cloud Day Malaysia, hari ini.

Gobind dalam pada itu berkata terdapat cabaran dalam mengekalkan tenaga kerja tempatan.

“Sebagai contoh, pelaburan dalam industri seperti semikonduktor menuntut tenaga kerja dengan kemahiran kejuruteraan lanjutan, namun bilangannya agak terhad.

“Oleh itu, kita bukan sahaja perlu membangunkan bakat tetapi juga memberi insentif kepada mereka untuk membina kerjaya di Malaysia.

“Usaha sedemikian akan memastikan apabila pelaburan mengalir ke Malaysia, mereka menyumbang kepada membina tenaga kerja mahir dengan peluang jangka panjang,” katanya.

AWS Cloud Day Malaysia, acara sehari yang diadakan hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, adalah perhimpunan teknologi terbesar di negara ini bertujuan memperkasakan perniagaan, pemaju dan pemimpin untuk memanfaatkan potensi penuh teknologi awan dan kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar