Padah miliki 628 liter diesel tanpa lesen, lelaki didenda RM18,000

ALOR SETAR – Seorang lelaki didenda RM18,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa kerana memiliki 628 liter minyak diesel tanpa lesen pada tahun lepas.

Tertuduh, Lim Chean Cheang, 53, yang kini tidak memiliki pekerjaan tetap membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, kira-kira jam 10.20 pagi pada 14 Mei 2023.

Kesemua diesel terbabit ditemukan dalam tangki tambahan lori dipandu Chean Cheang hingga menimbulkan syak munasabah satu kesalahan akan dilakukan iaitu berurusan dengan barang kawalan secara borong tanpa lesen.

Perbuatan dilakukan lelaki itu telah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Chean Cheang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, manakala kesemua minyak diesel serta lori yang digunakan dilucut hak.

Chean Cheang turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan kerana memiliki 954 liter diesel tanpa lesen di sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai, di sini, kira-kira jam 7 pagi pada 20 April 2023.

Bagaimanapun, Mazdi menetapkan tarikh 6 November depan untuk menjatuhkan hukuman di bawah akta sama.

Di mahkamah sama, seorang lelaki warganegara Thailand, Sakariya Kangla, 36, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 96 liter diesel dan 11 liter petrol tanpa lesen.

Mengikut pertuduhan, diesel terbabit ditemukan dalam tangki asal sebuah kenderaan yang telah diubahsuai, manakala petrol itu diisi dalam dua buah tong plastik berkapasiti 10 liter yang berada dalam kenderaan sama.

Sakariya didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Pekan Kuala Nerang, Padang Terap kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 19 Oktober 2023.

Mahkamah kemudiannya turut menetapkan tarikh 6 November depan untuk menjatuhkan hukuman.

Sebelum itu, kesemua pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Nizam Amir; Mohd. Hilmi Abu Hassan dan Mohamad Sayuti Anuar Ismayatim, manakala Chean Cheang diwakili peguam, R. Thevan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK