DSAT Group tawar ambil alih KDA FC

ALOR SETAR – Sebuah syarikat konglomerat terkemuka, DSAT Group Sdn Bhd, menyatakan hasrat untuk mengambil alih kesemua kepentingan saham dan liabiliti dalam Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB) sekaligus menjadi pemilik baharu pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC.

Sekiranya menjadi kenyataan, keadaan kewangan KDA FC dijangka akan lebih kukuh dan stabil kerana syarikat terbabit mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek berkata, hasrat untuk memiliki KDA FC bukanlah omong kosong.

Katanya, ini kerana syarikat itu yang baharu sahaja memiliki pusat perubatan terkemuka, Mahsuri Medical Centre (MMC) di Jitra mahu berbakti kepada Negeri Jelapang Padi dengan mengangkat semula legasi bolasepak Kedah ke tahap yang lebih tinggi.

“Melihat situasi pasukan KDA FC ketika ini, saya terpanggil untuk membantu memulihkan semula pasukan serta menarik kehadiran ribuan penyokong setia Hijau Kuning kembali ke stadium,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama Exco Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din, baru-baru ini dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pemegang taruh yang lain berhubung perkara itu.

“Dengan perancangan dan masalah yang telah dihadapi oleh KDA FC kami di dalam DSAT Group bersedia untuk bekerjasama memastikan kelab bolasepak KDA FC ini dapat berfungsi dengan baik.

“Bagi perancangan kita akan terus mengukuhkan KDA FC sebagai persatuan ataupun kelab bolasepak terunggul di negeri Kedah dan memastikan masalah yang dihadapi hari ini tidak akan berulang, diharapkan dengan penawaran ini kami menerima maklum balas yang baik dan insya-Allah akan bersedia untuk menggalas tanggungjawab demi sukan ataupun bolasepak Kedah yang lebih baik,” katanya.

Azizul berkata, pihaknya pernah memberi tawaran untuk mengambilalih KDA FC pada tahun lalu, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Beliau sedar bolasepak tidak memberi keuntungan dari segi perniagaan, namun sanggup mengambil alih KDA FC demi masyarakat dan peminat bolasepak tempatan.

Untuk rekod, KDA FC kini sedang bergelut dengan isu tunggakan gaji para pemain sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun beberapa kali memboikot sesi latihan, namun pemain skuad Liga Super KDA FC tetap bersikap profesional dan mempamerkan semangat juang tinggi ketika beraksi di padang apabila membantu pasukan itu mencatat satu kemenangan dan satu seri pada dua perlawanan terakhir baru-baru ini.

Mohd Daud kini sedang berusaha keras mencari penaja bagi menjana sumber kewangan kelab.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur