Taman-Taman Sabah keluarkan amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

RANAU – Taman-Taman Sabah (TTS) mengeluarkan amaran kepada para para pendaki Gunung Kinabalu berikutan cuaca buruk yang berlarutan.

Pegawai Substesen Panalaban, Taman Kinabalu, Julaimin Kamin berkata, hujan lebat, angin kencang dan berkabus telah mengakibatkan beberapa insiden di sepanjang laluan ke puncak Gunung Kinabalu.

“Antara kejadian yang dilaporkan termasuk tanah runtuh di KM3.8, serta pokok tumbang di KM1.6 dan KM0.6.

”Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar laluan puncak Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik Facebook Sabah Parks di sini pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok