13 cedera, bas persiaran langgar belakang treler di Lebuhraya PLUS

KUALA KANGSAR – Sebuah bas persiaran yang membawa sekumpulan pelancong warga Jepun, melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, pada Khamis hingga mengakibatkan 13 individu cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, insiden terbabit menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk namun kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan.

Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.52 petang. Seramai 14 anggota dan pegawai melibatkan tiga balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kemunting dan Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang melanggar bahagian belakang treler sehingga menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk.

“Seramai 13 orang membabitkan dua warga tempatan iaitu pemandu bas dan pemandu pelancong serta 11 pelancong warga Jepun turut cedera dalam kemalangan itu.

“Bagaimanapun, ketika operasi dijalankan pihak Bomba mendapati tiada mangsa yang ditemukan dalam keadaan tersepit,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Khamis.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas serta diberi rawatan awal.

“Tiga mangsa warga Jepun dan seorang lelaki tempatan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Taiping.

“Manakala selebihnya dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya yang turut memaklumkan operasi tamat sepenuhnya jam 3.53 petang.

Related Posts

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

KUALA KURAU – Tiga bot tunda Kelas (B) bersama sembilan kru warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Pasir Hitam, Perak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Loji Simpanan Air Kabong pada Selasa. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United

Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United