Malaysia ditambah sebagai negara rakan kongsi BRICS

MALAYSIA kini telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi.

BRICS ialah sebuah blok yang secara kolektif menyumbang kepada satu perlima perdagangan global.

Menurut kemas kini dari @BRICSInfo di X, blok itu secara rasmi menambah 13 negara baharu ke dalam perikatan sebagai negara rakan kongsi, walaupun belum sebagai ahli penuh.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Untuk rekod, pada 28 Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan bahawa Malaysia telah menyerahkan permohonan kepada Rusia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS.

Russia kini mempengerusikan blok berkenaan, yang turut dianggotai oleh Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Pada 18 Jun, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS semasa perbincangan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS, yang pada asalnya dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, dan China, telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang membangun, dengan Afrika Selatan menyertai pada tahun 2010.

Blok ini sejak itu telah berkembang untuk merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus populasi global dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul sebanyak AS$26.6 trilion, atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia, hampir menyamai kekuatan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7). (AS$1 = RM4.34).

G7 ialah kumpulan tidak rasmi yang terdiri daripada tujuh ekonomi maju dunia, termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, serta Kesatuan Eropah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dijadualkan menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Russia, pada 24 Oktober 2024.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri