Nilai ringgit tinggi di awal dagangan

RINGGIT diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika awal dagangan pada Khamis, dalam keadaan ketidakpastian mengenai pilihan raya Presiden AS yang akan diadakan pada 5 November ini, kata penganalisis.

Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3450/3615 berbanding dolar AS daripada 4.3490/3535 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mungkin kekal rendah dalam tempoh terdekat, dengan pasaran menunggu kejelasan sehingga rakyat AS mengundi.

“Persaingan antara calon, Kamala Harris dan Donald Trump, adalah sengit, membawa kepada ketidakpastian yang besar, keadaan yang tidak disukai oleh pasaran kewangan.

“Akibatnya, minat risiko telah susut dan meningkatkan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS.

“Selain itu, prospek kadar faedah nampaknya menggalakkan bagi dolar AS, memandangkan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka tidak melonggarkan dasar monetarinya dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain itu, kebimbangan terhadap dasar perlindungan perdagangan serta dasar fiskal yang bersifat sangat mengembang boleh menjejaskan inflasi, berpotensi mendorong Fed AS untuk mempertimbangkan semula pendirian monetari semasanya.

Semasa awal dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8464/8574 daripada 2.8484/8516 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding euro kepada 4.6839/7017 daripada 4.6887/6935.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.53 daripada 7.50/7.52 semalam, dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2847/2974 daripada 3.2932/2969.

Ringgit lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/279.2 daripada 278.2/278.7 ketika ditutup semalam, dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8573/12.9138 daripada 12.8959/9149.

Related Posts

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agensi pembangunan usahawan perlu mula turun padang bantu peniaga kecil belia

Oleh S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Kerajaan mengarahkan semua institusi dan agensi miliknya yang beperanan dalam pembangunan usahawan supaya turun padang menemui peniaga kecil dalam kalangan anak muda untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI