Dirogol lima lelaki gara-gara keluar dengan teman lelaki baru dikenali

BATU GAJAH – Keterujaan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga keluar dengan teman lelaki yang baru dikenalinya berkesudahan dengan sejarah hitam apabila mangsa diperkosa lima lelaki secara bergilir-gilir di sebuah asrama dekat sini, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang membuat laporan berhubung anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan, pada jam 1.30 tengah hari.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati remaja berusia 15 tahun itu sebenarnya telah berjumpa dengan teman lelaki yang baharu dikenali mangsa di sekitar Batu Gajah.

“Mangsa kemudiannya telah di bawa keluar untuk makan bersama sebelum diajak ke sebuah asrama di mana lima orang lelaki (suspek) telah berada di situ.

“Mangsa seterusnya ditawarkan untuk masuk ke sebuah bilik kosong bagi tujuan tidur dan berehat sebelum kesemua suspek masuk ke bilik secara bergilir-gilir dan memperkosa mangsa,” kata Zulkafli dalam satu kenyataan, pada malam Rabu.

Ujar beliau, pihak polis berjaya mengesan mangsa di asrama berkenaan pada keesokan hari (Selasa) selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh ibunya.

“Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk disoal siasat dan hasilnya, polis mendapati mangsa telah dirogol lima individu sekitar jam 10.22 malam.

“Susulan itu polis berjaya menjejaki dan menahan lima lelaki yang berusia antara 18 sehingga 27 tahun untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hasil semakan rekod mendapati dua orang suspek yang berumur 27 tahun mempunyai satu kesalahan jenayah lampau dan satu kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Permohonan reman ke atas lima suspek dibenarkan oleh Majistret Batu Gajah selama enam hari bermula 23 Oktober bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan kerana merogol berkumpulan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun,” jelasnya.

Justeru beliau berkata, masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya peka terhadap keberadaan anak-anak di bawah jagaan mereka selain daripada memantau penggunaan telefon bimbit dan media sosial.

“Ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengetahui kenalan rapat anak-anak mereka.

“Pengabaian pemantauan dan kawalan daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak terjerumus kepada perkara yang tidak baik, serta berakhirnya dengan menjadi mangsa jenayah seksual,” katanya.

Tambah Zulkafli lagi, pihaknya memandang memandang serius dan komited dalam menangani isu berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak terutama membabitkan pelajar sekolah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok