Hentian R&R di LTU mula dibina Mac ini

PUTRAJAYA – Pembinaan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka siap Ogos tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja pembinaan R&R itu dijangka bermula pada Mac 2025 atau lebih awal.

“Sekarang ini baru dibina platform dan jalan untuk menuju ke platform itu belum dibina, dijangka pembinaannya tidak lama lagi,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab usul dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah hentian R&R yang akan dibina di Pahang dan Kelantan.

Bagi Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pembinaan hentian R&R di Seksyen Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab dijangka siap pada Januari 2026.

“Bagi Kelantan, ini adalah tambahan kepada R&R yang sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan,” katanya.

Ahmad berkata R&R itu akan dilengkapi kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tempat parkir yang mampu meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, kajian awal mendapati pembinaan dua hentian R&R baharu di sepanjang jajaran itu mencukupi untuk menampung keperluan pengguna jalan raya dengan mengambil kira jumlah trafik, pola perjalanan pengguna terutama ketika musim perayaan dan jarak antara kemudahan sedia ada.

Related Posts

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi. Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu